Rabu, 29 April 2009

TENTANG HATI dua

HATI dapat mengetahui hal-hal yang tidak boleh & tidak dapat diketahui oleh akal.

Sabtu, 25 April 2009

Aku mahu BUNUH diriku

Berkali-kali cuba ku bunuh diriku
Berkali-kali juga aku TIDAK MATI

Aku mahu DIRIKU yang LAIN!

Aku mahu DIRIKU yang LAIN !

Pasti fikir kau

Siapa aku untuk BUNUH diriku

Siapa aku untuk mempersoalkan
Qadaq dan Qadarku

TIDAK! Nyata kau salah fikir

Ku mahu BUNUH diri ku...
Diriku yang jauh dari - MU...
supaya aku dapat hidup hanya untuk TUHANku.

PEROKOK satu

Uhuks! Uhuks! Ehem! Ehem! Aduh..Perit benar tekak ini. Ptuii...!! Melepet mukus hijau ke tanah di tepi kaki bangku. Dia terasa geli gelaman pula. Kornea matanya sengaja dialih cepat-cepat ke arah lain. Tangan kanannya menekan-nekan puntung rokok ke dalam piring lapik cawan yang telah dia isi sedikit air kopi 'O' nya tadi. Fikirannya menerawang, cuba mengingati kali pertama dia mula menyentuh benda yang dikatakan HARAM oleh Mufti Selangor itu. Dia hairan mengapa Fatwa itu, seperti bukan apa-apa. Lebih baik tidak perlu di Fatwa, jika tidak dapat dilaksanakan. Itu fikirnya.

Suratkhabar di tangannya, diselak helaian demi helaian.Uhuks! Uhuks! Dia batuk lagi. Dia tahu, batuk itu berpunca daripada tabiat merokoknya yang entah berdosa, entah tidak itu. Dia juga tahu yang kebanyakkan perokok seperti dia, akan sentiasa mencari alasan untuk mengatakan bahawa hak untuk merokok itu adalah bersifat peribadi. Bersifat hak mutlak seseorang individu. Merokok adalah gaya hidup. Mengapa pula HARAM? Kanser Paru-paru? Kanser Tulang? Kanser Usus? Arghhh...Persetan!! Sesiapapun boleh terkena penyakit itu.

Tiba-tiba dadanya terasa perit. Ishh! Kenapa pula ni? Dia cuba menyedut udara kurniaan Tuhan. Udara PERCUMA kurniaan Tuhan. Bukan udara yang terhasil daripada bakaran rokok yang dibelinya. Bukan.

Owh!! Sistem pernafasannya bagai tidak berfungsi!! Tidak semena-mena, rasa ketakutan yang amat sangat menjalar laju keseluruh tubuhnya. Dadanya terasa kebas. Tangannya terasa sejuk. Menyerbu seribu sesalan di kotak fikirnya. Ketika ini, dia bagai dipaksa untuk menerima bahawa merokok akan memendekkan hayat, mencemar udara PERCUMA kurniaan Tuhan, memperbodohkan diri hanya kerana untuk ketenangan sementara yang taruhannya adalah nikotin bertar memenuhi paru-paru. Dan kini, tiba-tiba pula dia menjadi sangat sedar bahawa perokok itu berbau busuk, perokok itu pengotor...lihatlah tempat lapik cawan kopi 'O' nya yang HITAM...Berkeladak!! Dia juga tahu, rokok telah merampas kebebasan bukan sahaja dirinya, tetapi orang-orang disekelilingnya.

"Ampunkan aku... Ampunkan aku...TUHAN!!" Dia meracau. Tangannya sekejap memegang dadanya, sekejap mengapai-gapai udara.

"Nee...Nooow....Nee.....Nooow..... "

Sayup-sayup dia mendengar bunyi siren ambulan. Dia hairan mengapa dia tidak dapat mendengar dengan jelas, sedangkan ambulan yang bergerak laju itu melalui di jalan raya berhampiran, yang entah mahu ke mana. Adakah sistem pendengarannya juga sudah tidak mahu berfungsi?

"Arghhh...!! Sakitnya dadaku... Sakitnya...."

Dia terasa seluruh tubuhnya panas bagai disalai. Dia ingin menjerit, tetapi baru dia sedar tekaknya juga terasa amat perit. Tubuhnya telah habis daya. Dia jatuh. Jatuh benar-benar di tepi mukus hijaunya tadi. Dia menggelepar. Dia tidak ingat apa-apa lagi selepas itu.

Selasa, 21 April 2009

TENTANG HATI satu

Hati mengaktifkan nilai-nilai dalaman seseorang dan mengubahnya daripada sesuatu yang kita fikir kepada sesuatu yang kita lakukan.

Bingkai Telanjang

Berkali-kali ku renung

bingkai gambar itu
Mencari erti ia di situ

Berkali-kali ku fikirkan


Mengapa ia

bertelanjang


K O S O N G?


Hanya bingkai

Mana isinya?