Khamis, 8 Disember 2011

SETIAP INSAN MEMPUNYAI KEHEBATAN


SETIAP INSAN MEMPUNYAI KEHEBATAN

by Lynna Lynn Mohamad on Tuesday, November 15, 2011 at 12:05am


Setiap insan yang berada di sisi kita sudah termaktub di dalam kitabNya yang Azali yang telah di susun oleh Allah. Mereka telah ditetapkan menjadi suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara dan sahabat kita di alam ini. Mereka adalah yang TERBAIK di sisi kita.

Jangan memandang rendah akan kekurangan mereka, mungkin kekurangan mereka menjadikan diri kita kuat. Mungkin kekurangan mereka itulah MENOLAK kita ke syurga kerana berkat kesabaran kita ke atas mereka.Hargai kekuatan mereka, mungkin kekuatan itulah yang membantu kelemahan kita dan yang akan menbawa kita ke syurga.

Mereka adalah pasukan pilihan Allah kepada kita. Pilihan Allah pastinya adalah yang terbaik. Bersamalah mereka ketika susah dan senang. Setiap mereka ada hak atas diri kita di dunia dan di akhirat. Mereka boleh membawa kita ke syurga & juga ke neraka. HARGAI setiap insan di sisi kita...sayangi mereka, hulurkan tangan kita ketika mereka memerlukan bantuan. Berkorbanlah demi kasih sayang.

Berhati-hatilah dengan syaitan yang sentiasa cuba memecahkan pasukan pilihan Allah. Sesungguhnya kita saling memerlukan di dalam kehidupan yang penuh dugaan ini.

" Dialah yang telah mentakdirkan segala mati & hidup (kamu) untuk menguji & menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat) "

Al Mulk:2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan